Prof, Kalau boleh saya nak tanya macam mana nak tahu, bila kita dah ambil detox, racun vaksin tu dah tiada dalam badan ?
Soalan ini kerap ditanya.
Jawapannya mudah saja, ada dua cara untuk kita tahu dengan yakin bahawa detox ini telah menjalankan tugasnya menyahtoksin, menolak buang keluar segala bahan bahaya & tidak berguna untuk tubuh.
CARA PERTAMA yang terbaik atau paling tepat untuk mengetahui sama ada racun masih ada dalam badan atau tidak ialah melalui UJIAN DARAH.
Ujian Darah ini sebaiknya dilakukan SEBELUM & SELEPAS menjalani detox.
Berikut adalah jenis-jenis Ujian Darah yang dicadangkan:
- Ujian darah h-CRP untuk mengukur tahap keradangan (inflammation) dalam badan
- Ujian darah D-DIMER untuk mengukur tahap PEMBEKUAN / KEPEKATAN DARAH
- Ujian darah bagi mengukur parameter lain seperti fungsi HATI, BUAH PINGGANG DAN SEL-SEL DARAH
- Ujian Darah keseluruhan @ Full Blood Screening. Ini cara yg paling efektif dan ia boleh di buat di makmal swasta seperti Pathlab.
Hasil ujian darah ini boleh dibandingkan kesannya setelah jalani detox. Jika hasil ujian darah selepas jalani detox menunjukkan bacaan yg lebih baik atau NORMAL berbanding dgn bacaan sebelum detox ini adalah petunjuk segala racun daripada vaksin samada pfizer, astra, sino atau cansino telah berjaya ditolak singkir keluar.
CARA KEDUA pula ialah cara paling mudah iaitu dengan meneliti simptom-simptom yang kita hadapi setiap hari, adakah masih ada lagi ataupun tidak. Dan ianya perlu dicatat.
- Rekodkan semua gejala yang sedang dialami – contoh dada berdebar, kulit gatal-gatal, pening
- tahap sakit yang dialami – contoh kekerapan sakit kepala – setiap hari, makan ubat tahan sakit pun tiada kesan
- apa sakit-sakit yang dialami selepas suntikan
Rekod ini dibuat sebelum mula detox.
Setelah selesai 1 set detox, kita boleh nilaikan balik perubahan samada
- masih sama – bermakna racun masih lagi ada, masih perlu menjalani detox
- ada pengurangan – bermakna detox telah mengeluarkan sebahagian besar racun, namun masih ada lagi saki-baki yang memerlukan kepada detox
- sembuh \ pulih sepenuhnya – bermakna detox telah berjaya mengeluarkan segala racun
Majoriti pengguna detox mendapati pengurangan antara 50-70% selepas menjalani 1 bulan detox. Oleh itu detox perlu disambung untuk bulan ke-2 untuk membuang saki-baki racun yang masih ada.
Setelah selesai berdetox selama sebulan disarankan buat bekam sunnah bagi menyempurnakan proses buang saki-baki racun yang terperangkap di bawah kulit.
Jika anda perlukan maklumat lanjut atau ingin mendapatkan set detox ini, boleh terus tekan whatsapp
ADAKAH DETOX INI MENDAPAT KELULUSAN KKM?







Tinggalkan komen